15 January 2010

Menghantar Fail Bersaiz Besar Secara Online

File Sharing
Di sinilah anda gunakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing). Perkhidmatan seperti ini membolehkan anda menghantar fail yang bersaiz besar kepada kawan anda, melalui Internet. Berbeza dari emel, anda tidak perlu bersusah-payah login untuk menghantar fail. Di bawah saya sertakan beberapa perkhidmatan yang disediakan secara percuma:

Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.

YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali. Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.

TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan servis ini.

No comments: